Tuesday, July 13, 2010

Kerna dia ayahku...

11 July tu ari bday Buya aku.. ermm Buya/ayah/bapa.. apa 2 nama yg sesuai..

11 july - Buya
12 July - akak ipar
13 july - aku
14 july - abg aku
26 July - adik aku no 6..
heheh pandaikan parents aku timing..=D




yeah! aku beli kek kat Kings! (bakery fevret fmly aku) msa aku smpi, ayh aku tgh buka puasa, dia xtau pun aku balik.. masuk2, terus cium tgh ayah aku ngan mak aku.. (opss! tetiba air mata bergenang.. huhu) dlm gambar kt atas ni, boleh nmpk kan ayah aku tak sihat.. pakai kerusi roda.. ermm ayah aku kene stroke 1o thn yg lalu.. byk kali kena! tiap kali dia hampir sembuh, tiap kali tu la kene stroke semula! sudah cuba pelbagai ubat/kaedah..tapi hampa.. rasanya dah mmg khendak Tuhan ayah aku mcm ni, kami pun sudah menerima dgn redha.. no need to ask for more~



ayah aku seorg yg hebat! aku bkn kata dia hebat sbb dia ayah aku, tapi sesungguhnya dia mmg seorg yg hebat! mempunyai IQ yg tinggi, bijak! tau semua benda! tny la soalan apa2 pun, mesti dia boleh jwb! srba pandai! baiki kreta, buat rumah, khat, buat pizza, melukis, cuci baju, buat air milo yg best! seni2 mmg dia terer~ cikgu kesenian islam dulu.. aku xtau ape yg ayah aku xtau bua. mmg semua dia tau buat! dia sgt tegas! ustaz yg sgt lantang bersuara, tapi juga sgt lembut utk mencairkan org2 tuk masuk Islam. bagi khutbah sgt best! aku bangga bila ayah aku bg ceramah/khutbah sbb boleh nmpk semua org khusyuk mendengar, tidak ada yg tidur.. smpi skrg dia selalu dipanggil tuk bg khutbah/ceramah.. ustaz kesygan juga.. dia sgt syg anak murid dia..



ayah aku sihat! cuma tak leh berjln.. dah lama sebenarnya aku xpijat betis ayah aku.. biasanya klu dia lenguh2 dia mesti minta aku pijatkan.. dulu msa masih ringan, selalu juga dia minta aku pijakkan blakang dia.. bebaru ni masa aku selak kain sarung dia tuk pijat, aku sgt terkejut bila nmpk kaki ayah aku dah semakin mengecil.. ermm adakah mengecut sbb dah jarang digerakkan? automatik air mata bergenang.. hurmm susah nak describe perasaan aku camna.. tgh aku pijat2 tu, ayah aku tny 'tgn wafa dimana tu??' ewwww~ lagi la buat air mata aku mcm nk tumpah.. ayah aku xdpt rasa pun tgn aku masa tu.. psl dah lumpuh kot.. tarik nafas dulu, sblm menjawab.. aku xmau dia tau aku sedih.. haih!




balik bahau last friday, nk celebrate bday ayah aku yg ke 67! sambut awal, sbb sabtu nak ke taiping. Aku suakan kek tu, mak aku lak bg dia pisau kek tuk potong " tgn den dah tak dapat memegang ni.." sambil bersusah payah nak cuba genggam pisau tu.. owh God! just imagine cmna perasaan aku masa tu.. "ndak pa buya, berlakun ja..." tuk cover perasaan sebak aku.. then last2 ayah aku sentuh je pisau tu, mak aku yg gerakkan tuk potong kek tu.. (sprti dlm pic kat atas tu..) aku buat selamba je.. padahal, ikut hati, nak bercucuran sudah air mata aku... pastu mak ngan ayah aku saling suap2 kek..heheh

ayah aku garang! seriously aku xigt pun kenangan indah/gelak2 ngan ayah aku masa aku kecik.. sbb ayah aku sgt la garang! apa yg aku igt, kene kejar ngan rotan, kene pukul, kene tinggal, kene duk luar umah sbb diusir.. tapi kegarangan dia lah yg telah menjadikan aku sbgi org. klu aku dpt kat ayah lain, tak jadi org kot aku.. mmg frust bila ayah aku sakit, segala2nya terbatas! tak leh nk gelak2 sgt, ssh nk jln2, rumah senyap sunyi je.. tapi aku nmpk hikmahnya ayah aku sakit. supaya kitorg lebih dekat dgn dia.. spy kitorg belajar tuk berdikari, spy kitorg boleh tunjuk yg kitorg semua syg kat dia..

bukan mudah menjaga org sakit! seriously bkn mudah.. kitorg dah byk kali nak give up! ayah aku pun dh byk kali give up.. smpi hampir2 bunuh diri.. jgn tny mana letaknya Iman.. sbb kita takkan tahu sekuat mana diri kita, selagi tak diuji. ayah aku selalu bertny, apa yg dia dah buat smpi dia diduga mcm tu? dan kitorg jwb, ini bukan soal salah atau dosa, tapi Allah nak dia spent msa dgn kitorg. ye la, klu sihat, mesti byk aktiviti luar ayah aku akn buat.

ayah aku syg aku! huhu dia selalu buat aku terharu...
1. masa aku putus bercinta dulu, ayah aku yg lebih2 marah bdk tu. dia gak yg suruh mak aku beli aiskrim byk2 and masak mknan yg aku suka sbb dia tau aku tgh stress.
2. bila dpt duit kononnya RM100, Rm50 dia bg kat aku, Rm50 lagi suruh aku beli brg2 yg aku suka.. wlupun dia tau aku ade je duit tuk dptkan semua tu..
3. bila tau aku nak balik Bahau, dia remind mak aku spy tak masak Tomyam, sbb dia tau aku tak suka Tomyam. smpi adik bongsu aku stress, sbb dia suka Tomyam.
4. akn nangis tiap kali aku nak balik Lanchang... uh! rasa nak je bwk ayah aku! huhu
5. rasa berslh bila krusi roda dia calarkan cik sona, bila aku tgh angkat dia masuk cik sona.. sesungguhnya aku tak kesah.. syahdu je bila nmpk ayah aku mkn dgn berhati2 dlm cik sona sbb xnk kotorkan cik sona.. uhhh~

ikutkan hati, aku nak je berenti kerja then jaga ayah aku.. bila lagi aku nak berbaktikan? keadaan ayah aku pun mcm dah semakin teruk skrg.. tiap kali balik Bahau, tiap kali tu jugak la aku nangis.. nangis psl apa pun aku tak tau.. klu terlintas kejap kt pikiran yg ayah aku akn tinggalkan aku, confirm aku akn nangis.. aku tak yakin aku akn cukup tabah/kuat bila masa itu tiba, rasanya lebih rela aku pergi dulu berbanding ayah aku...

5 comments:

Jard The Great said...

=)

aku tau ko anak yg baik... kawen lambat la neh. =p

makwe joni said...

kakak

kem slm sama buya

(T_T)

HEMY said...

ok..entri ini sayu...sbnrya aku nak komen

"bila last ko pijak ayah ko?? ko ke punca ayah ko tak leh jalan ni?"

tapi aku tak jadi nk komen ats tu..aku papar je..komen ngan papar lain...

huuu..sedeynyaaaa

makwe joni said...

kakak...

jaga buya molek2 ha...
eh..ko mmg jaga buya molek2 dah ..

ish..apa aku ckp nih?

ish..ish..ish..

Masy said...

T________________________________T