Sunday, March 7, 2010

Peti sejuk


banyak2 barang dlm rumah.. aku paling suka peti sejuk! masa aku frust bercinta dulu, dan sewaktu aku mahu habiskan duit yg aku kumpul utk kawen masa tu, peti sejuk yg aku beli! heheh aku pun tak tau la aku ni camna, nmpk iklan peti sejuk LG kat news ppr, mcm gile/berdebar je nak beli peti sejuk tu.. rsa sgt2 nk beli! (hint aku nk adiah peti sejuk nanti..=D)

aku terigt kisah peti sejuk National 1 pintu yg ayah aku beli utk aku.. masa tu aku tingkatan 3, nak PMR la kononnya.. aku belajar kat sek yg sama ngan ayah aku ngajar. tiap rehat, aku akn turun ke bilik ayah aku tuk makan bekal yg mak aku bg (owh! ini adalah kenyataan! wlupun aku duk asrama, tapi tiap rehat aku mkn bekal! smpi la f5! -bru sedar..kikiki-)

sebab ape ade bekal? ermm sbb byk bende kat kantin yg aku tak mkn.. mee/ kuitiaw/mihun grg semuanya ade taugeh! ayah aku tak bg mkn nasik lemak sbb ikan bilis tak disiang lagi, tak bagi mkn aym grg kt kantin sbb dia kata ayam tu tak basuh, tidak mahu aku beli kek atau bun kat kantin, ntah dr kedai mana2 ntah dia kata. bole request nk nasik lemak atau bun..tapi mesti dia yg belikan.. beli di kedai yg dia kenal tukang masaknye.. huhu dewan mkn pun, ayah aku akn buat spotcheck. sbb klu dewan mkn, dia tak leh la larang aku mknkan? syg gile ayah aku kat aku.. huhu (ayah aku mmg very detail pny org, no wonder aku mcm ni.. terima kasih buya!)

nak dijadikan cerita, masa form 3 aku 'agak' selalu demam. bila ayah aku tny psl apa demam, aku jwb 'ndak cukup mkn buah rasanya..' aiseh! sbb aku mmg gila sikit mkn buah, klu kat dewan mkn kan kecik je slice buah tu.. ayah aku senyap je dgr jwpn aku.. dlm hati aku, 'pandai2 je bg jwpn ntah pape!' lepas habiskan bubur (bekal pada hari itu) aku pun naik gi kelas..

esok rehat, seperti biasa aku turun gi bilik ayah aku, ketuk2 pintu xde org nyahut. (err even tu bilik ayah aku, even masuk tiap hari pun, kene dgn adab dan tatasusila, klu tak, maunye aku kene baling ngan pasu! huhu) masuk2 je bilik tu, aku notice ade peti sejuk baru kat tempat ayah aku! dgn rasa suprise aku pun bukak pintu fridge tu. wahhh!!! penuh ngan sunkist, epal ngan kiwi!! then ade note : "Tiap hari mkn 2 bijik ajo, jgn nak lebih2..." ewwww i love u buya... time tu jugak air mata termengalir.. then berazam buat PMR bersungguh2 utk ayah aku! uhuk2~

peti sejuk tu masih ada sekarang.. ade dgn aku kat lanchang ni.. wlupun dah 13 thn masih nmpk mcm baru.. kenape kisah ni boleh terkeluar? sbb smlm aku baru je membebel sbb org lain guna peti sejuk tu dgn tak berhemah.. smbil membersih/menyental mulut aku laju je membebel... aku pantang betul klu kat peti sejuk tu :

1. air tumpah, tapi tak lap..
2. cecair tumpah (sos? kicap? susu pekat?) tak di lap smpi la jd keras!
3. simpan mknan yg tak bertutup.. shrink wrap kan ade.. aiyo~
4. mknan basi! (sgt benci2!!)
5. sayur/buah yg dah layu, tapi masih simpan lagi..
6. simpan mkanan yg dah sah2 tau ko takkan mkn.. baki2 mknan..
7. isi besar mcm ikan bilis, tapi bekas saiz ikan paus! haih!~
8. sticker buah/solotape duk tampal2! benci2!!

aku kah yg cerewet?? ya, aku mmg akui aku cerewet.. tapi mereka juga tak perihatin.. (klu jadi kat bahau pun aku membebel jugak, adik bongsu aku pnh crite yg bila mak aku tau je aku ondewy balik bahau dia akan ckp kat adik aku 'pegi bersihkan peti sejuk, jap lagi kak Fa' balik' kikiki) aku baru faham kenape duduk rumah sewa kene ade bahgian belian masing2.. supaya ade perasaan "ownership" kat sesuatu benda kan??? tapikan aku rsa aku emo lebih sbb peti sejuk tu, ayah aku belikan utk aku! aku mahu ia tetap boleh berfungsi smpi la aku tua nanti... opss! mmg dh tua pun skrg.. hahaha

16 comments:

Jard The Great said...

hehehe.. ade kisah plak peti sejuk kat lanchang tu.. eehehe.. sweet la wafa

k.e.r.i. said...

umah aku ada banyak peti sejuk.
tapi yang satu tu takleh nak pakai sebab dia tak reti nak menyejuk.

zonaku said...

hehehee.......
sense of belonging n ownership pny kes

moment said...

* Jard
huhu mmg... aku sensitip ni ngan brg2 yg aku syg..=D

* keri
byk?? mesti aku suka gi umah ko nanti..haha
err klu tak menyejuk.. bkn peti sejuk la.. jd peti simpanan namanye tu..

* zonaku
bagus! anda memahami.. =)

Anonymous said...

oh mcm tu ya
nak bg ko hot kacau peti sejuk jer
senang org yg geram kat ko buat dajal

hahaha

moment said...

haha cuba la kacau..
tgk apa jadi nanti...


muehehe

Masy said...

sok bila peti sejuk tu dah rosak bole la tukar jd tempat simpan baju plak hehehehhehe

HEMY said...

rasa mcm nk dok dlm peti sejuk ko je skang ni manje..ahahha

makwe joni said...

hakikatnya..peti aias umah aku dah rosak..dan aku harap buleh baiki..
tak payah beli baru

Erina Asmawani said...

ko kawen nanti ku bg adiah peti ais kecit yg macam kat hotel tu nak?? hee..

joegrimjow said...

peti sejuk kat sini sentiasa penuh dengan makanan2
hehe
rumate punye

joegrimjow said...

apsal link ku nye blog xtuka lagi?
huhu
kene tukar kene tukar

adie said...

hairan yer, peti sejuk boleh menyejukkan semua bahan kecuali hati ko jika berlaku situasi di atas.hihi

tunbegia said...

apa kena mengena cerewet dengan frust bercinta tak jadi kawen,

salamm,

moment said...

*kak masy
tidak mau.. kepam wooo~ huhu

*hemy
tak muat la hemy.. bukan psl ko besar, tapi psl peti sejuk aku yg kecik..huhu

*citah
wah! abes tu masak cmna dik?

*erina
bole2.. bole letak kt bilik..hikhik

moment said...

* joe
huhu udah update! =p

* penyu
a'ah, aku pun pelik ngan hairan.. =p

* tunbegia
ermm susah nak explen cmna.. xpe la, xpenting pun.. heheh