Thursday, July 30, 2009

Rasa mahu bertunang... haha

tghari tadi, kenduri aqikah my niece.. yg 2nd.. ermm yup! aku ambil cuti 2 hari.. hari ni dan esok.. sabtu ni nak hantar akak aku sefamily gi airport, dorg nak balik sabah..sedar tak sedar, dah sebulan rupanya.. sedih lak aku bila fikir akn berpisah ngan niece aku lagi.. aduyai!~ jgn la sabtu datang! uh!!

ermm kt kampung aku ni, kenduri aqikah memang 'grand'.. ermm lebih grand dari kenduri kawen.. seriiuussss! maybe kami lebih meraikan budak2 dari org tua kot..haha.. so akak aku pun tak terlepas dari nak buat majlis yg 'grand'..opss! takde la grand pun.. cuma lengkap je.. everything akak aku beli kaler 'pink!'.. sgt ayu.. uhuk!


so atas ni antara pic hari ni..

ermmm memandangkan
1. kenduri ni meriah..
2. ramai makcik2 yg duk tanya aku bile nak tunang...
3. kawan aku yg lalu depan rumah pun tny 'ko tunang ke hari ni??',
4. msa nak minta cuti pun boss aku tny aku nak cuti tunang ke?
5. masa bg jadual keje kt pekerja aku, dia bole tny aku "sy dengar2 akak nak tunang, betul ke??"
6. msa bersms2 ngan sorg blogger, dia pun tny smada aku cuti ni nk cuti tunang..
7. msa duk isi telur dlm bunga telur, secara tak sedar aku dh discuss ngan akak aku, kaler tema aku nk tunang ngan kawen nanti... hahahaha


terrruuusss aku betul2 rasa nak bertunang!! wakakaka

tapi bila akak aku tanya "dengan siapa ko mo tunang???"... aku senyap, pastu gelak... kikiki ermm ye kan, ngan sapa eh? tapi... mcm ade satu nama dlm hati... aiseh~

*btw, the coconut aku yg hias.. cantekkan?? muehehe
.
.

Wednesday, July 29, 2009

Jangan Perasan!~

Org selalu kata,

Perempuan yang baik, adalah untuk lelaki yang baik...
Perempuan yang Jahat, adalah untuk lelaki yang jahat...



Yup!! it's true beb! memang manusia boleh berubah.. tapi berapa ramai yang balik ke pangkal jalan?? pusat serenti tu, brp peratus org yg masuk adalah muka yg sama?? ini adalah kenyataan..


"dulu dia kuat memaki.. tapi bila dah couple ngan aku, dia tak memaki dah.." ayat yg biasa aku dengar dr seorg perempuan yg bercouple dengan lelaki yang bg aku kurang elok perangai dia.. in the end, perempuan tu kene maki dengan teruknye oleh lelaki itu lepas dorg clash.


"aku yakin dah dia tak mencuri..." ayat yg aku dengar dr kwn aku, kawen dgn org yg pernah di tangkap mencuri.. last 2 weeks, kawan aku call, nangis2 sebab suami dia masuk jail sebab rompak kedai emas..

"aku yakin aku boleh ubah dia, kembali kejalan yang benar" last2 dengan kwn2 aku sekali terlibat ngan benda yg tak senonoh tu..
.
"aku yakin dia tak main pompuan lg, dia akn setia ngan aku.." alih2 belum setahun kawen, kawan aku nangis2 call, bgtau suami dia flirt ngan pompuan lain...
.
aku pun pernah 'perasan' yang aku mampu merubah hidup seseorgang dari jahat kepada yang lebih baik.. tapi last2 aku juga yang terkena.. jangan nak perasan kita mampu ubah hidup seseorang, semuanya terpulang kpd individu tersebut jugak.. terpulang kepada hati dia..
.

memang dalam Islam ade istilah "Taubat" tapi sila dalami ape yang dimaksudkan dengan TAUBAT.. adakah bersifat sementara? tidak! bukan calang2 orang boleh mendapat kesedaran untuk "taubat".. perlu didahului dengan Hidayah.. thats why kita digalakkan memohon Hidayah dan petunjuk dr Allah dlm setiap doa kita.. sebab dah sah2 benda ni susah, dan memerlukan pertolongan dr Allah jugak..
.
aku tak menolak manusia boleh berubah.. cuma aku kurang percaya.. sesorg boleh ke meninggalkan ape yg dia dah selalu buat dengan sekelip mata, demi seseorg? mesti ade naluri nak buat bende yg dia selalu buat tu kan? mcm kita, mesti rasa nk mkn something yg kita dah biasa mkn.. or mesti nak pegi ke tempat yg kita dah selalu pergi.. itulah manusia...
.
jadi, if... IF ok... kamu dlm dilemma untuk memilih pasangan hidup, cintakan dia, tapi tahu dia bukan orang yg baik.. bwk2 la lupakan.. klu nak go on jugak, sila la bersedia dia akn melakukan kejahatan yg dia pernah buat itu keatas kamu pulak.. Kejahatan ok.. bkn kekurangan..
.
bukan senang nak jadi baik.. dan juga bukan senang nak jadi jahat... kalau rasa diri kamu baik.. cari la org yg baik untuk jd pasangan kamu.. janganlah terlalu pasrah smpi menerima org yg 'jahat' jadi pasangan kamu.. jangan perasan kamu mampu merubah mereka ok! kamu deserve org yg baik la...
.
.
* Sila faham.. ini kisah kejahatan ok.. bukan kekurangan...
.
.

Monday, July 27, 2009

jahilnya aku...

bosan2 depan pc, aku godek2 bookmark aku.. jumpa ngan link ni... sgt2 rsa terpukul.. sbb aku buat bookmark ni tahun lepas rsanya, dan aku tak pernah bukak pun.. bwh bookmark ni 'facebook'.. atas bookmark ni pulak 'gmail'.. yg tiap2 ari aku akn bukak... adeh!~ soooo jahil aku ni...
.
.
sudah berapa kali maghrib aku tak disusuli bacaan Quran?
sudah berapa kali mlm jumaat aku tak disusuli bacaan yassin?
sudah berapa kali ramadhan aku tak khatam quran?
bila paling akhir aku menitiskan air mata disebabkan baca Quran?
sudah berapa lama aku tak hafaz quran?
sudah berapa lama solat aku asyik surah2 itu je?
sudah berapa lama Quran sudah tak menerangi hati aku?


semua soalan di atas, aku xde jawapan.. means, sgt2 lama dan sgt2 byk.. uh! jahilnya aku.. klu ditakdirkan nyawa aku dicabut skrg, berkemungkinan besar tak cium bau syurga..

sempena nak masuk bulan puasa, dan nak raya.. mari la kita sama2 meningkatkan ibadat. abaikan segala dosa yg membuatkan kita segan uk beribadat.. just buat amal baik, semoga boleh menutup amalan mungkar kita semua.. InsyaAllah..

BTW, tuk sapa2 yg selalu takde masa mcm aku (yg selalu BZ tak bertempat le..) bole baca Quran online kt link ni.. sgt2 senang.. sehari baca satu page, yg tak sampai 2 minit pun sudah cukup baik dr takde langsung kan? so mari berubah!!~

.

.

Mahu apa??

Owh weekend yg sgt memenatkan.. even aku disajikan pemandangan Pantai 24jam selama 3 hari..tapi tetap buat aku rsa tak best! aku tak brp suka PD, sbb takde ombak.. mcm pantai buatan manusia je.. aku suka pantai Sabah & Terengganu...heheh and lebih2 lagi, berada di tepi pantai, buat aku teringat seseorg.. aiseh! abaikan~..huhu


Mahu rumah tepi pantai! sgt2 suka! (abaikan fact ini kt PD ok..) mmg salah satu hajat, mahu berumah di tepi pantai.. tp takde la perlu sebesar banglo.. just nice cukup la.. then byk cermin.. muehehe
.
Bila tunggu turn nk masuk dewan tuk present.. semestinya aku cuak.. even klu tgk aku, nmpk mcm selamba je.. haha Hipokrit itu penting...

masa ni, mmg terasa mahu jadi lampu.. bebas dr risau pandangan org, tak perlu berckp ngan sesiapa dan sebagainya.. walaupun pelik bentuknye, tp aku tetap rsa lampu tu best! dkt ngan lobby, bole tgk org keluar masuk.. then dekat ngan cermin.. hehe

.

.
Tapikan, berpijak di bumi yg nyata, mana boleh jadi lampu! apa daaa~ One thing we must learn in life, we cannot control what people think, no matter what~ so just ignore it.. be ur sellf..huhu


Thursday, July 23, 2009

Hari ni birthday apid..

23 July, bday Apid.. aku pnh buat entry psl dia dulu..
xtau nk wish mcmana, xtau nk behave cmna.. sbb sudah lama xjumpa.. huhu bknnye aku xlalu Proton Shah Alam, bukannye aku xlalu ampang.. adeh!~ dan apid plak, selalu plak turun Karak.. tapi apsal kami xterjumpe? ni la org kata 'BZ tak bertempat'..
.
anyway, apid, (aku tau ko akn baca entry ni) Happy birthday!~ kita sambut birthday yg sama, tapi ko sudah ada Suami, sudah ada Anak sorg.. terasa aku kurang di situ!!~~ wakakaka Hope life owez beautiful.. and ko kwn aku smpi bila2.. =)
.
smlm, aku receive 1 sms dr no yg tak dikenali..
"Wafa, aku dah bersalin. Dtg lah umah aku. Aku buat cukur jambul 1/8 ni. anak aku lelaki dilahirkan pd 16/7"

pergh!! aku duk pk sapa la kwn aku yg pregnant?? tny punya tny, rupa2nya Fazy!! (sila rujuk pic ya..) adeh!~ aku xtau pn dia pregnant..cuma dulu, dia pnh ngadu yg dia ada Hepatitis B, suami dia anak yatim piatu. fazy di sarankan oleh Dr supaya tak mengandung, since dia ada penyakit.. tp fazy tetap dlm dilemma, sbb salah satu wish husband dia, mahu ada 'family'.. Alhamdulillah, baby dia sihat.. fazy pun sihat.. suami dia plak happy.. hehe kdng2 tidak salah melawan ckp pakar.. kata hati kdng2 benarrr~
.
Ptg ni aku balik Bahau..akn away smpi hari ahad.. sebab aku kene gi Conference!! apa la.. tetiba plak buat conference weekend.. rosak weekend aku eh! nasib baik boss aku suruh pegi.. ikut hati, aku tak mahu gi dh.. (ada sikap mengada2 di situ~ heheh) anyway, hopefully aku dpt present dgn baik.. badan sudah rsa agak 'penat' since dr last mnth, weekend aku berisi/travel je.. uh! i need rest seriously...
* Jard, Apid.. aku mo gi ni majlis si fazy.. kamu mo join? adui! travel lg la nmpknya.. huhu
.
.

Wednesday, July 22, 2009

Menerima semula??

Aku beli hp aku dlm bln 8 thn lps.. sepjg aku pakai, dah 4 kali SGH aku masuk kilang semula.. setiap 4 kali tu, ade la sebulan aku terpaksa pki hp lain.. so dlm sethn, 6 bln je la aku pakai.. 4 bulan lg dia kat kilang.. sgt sengsara bole?? kecewa? mmg sgt kecewa, bknnya Samsung xelok, tp 'maybe' aku dpt yg 'bad product'.. setiap kali SGH aku rosak,aku terdetik nk ganti SGH aku ngan hp baru.. tp bile aku dpt SGH aku semula, aku tak igt dh yg aku nk beli hp baru.. tiap kali tu la aku rasa mcm 'jahat' sbb terdetik nk gantikan SGH aku dgn yg baru.. ntah ape dia dah tempuhi sepanjang dia berada di kilang tu.. ntah lelaki mana yg pegang dia.. semata2 untuk kembali kepada aku.. (kikiki gile poyo aku ni..)

kadang2 jemu jugak, sebab tiap kali aku memberi harapan kt SGH aku, tiap kali tu la jugak dia akn kecewakan aku dgn 'rosak' balik. then aku akn hantar ke kilang semula, bg dia peluang utk baiki diri sendiri, pastu aku akn flirt with other hp, tp bila dpt dia semula, aku akn setia semula dgn dia.. aku akan set balik semua setting dia, and bawak dia kemana-mana... begitu la yg terjadi, sepanjang perkenalan aku ngan SGH aku.. menerima semula, walaupun dia mengecewakan aku?? adeh!~

Tapi, ni dengan hp.. kalau ngan orang? aku tak rasa aku akn menerima kembali.. bukan atas isu 'kesalahan', tapi atas isu kemaafan.. kadang2 kita bersangka baik dengan semua orang yang kita jumpa/kenal, sebab kita adalah org yg baik.. kita akn anggap niat orang tu sama dengan niat kita.. kita akn mengagak @ membuat hipotesis apa yang dia akn buat dari kaca mata kita sendiri.. bodohnya pemikiran mcm tu.. what on earth yang membolehkan kita menganggap 'dia' sama dengan kita??? tapi itu la jugak yg kita buat setiap kali jumpa kawan baru..
.
Tikam belakang? mkn kawan? adeh!~ aku tak faham apa punya orang yang bole buat macam ni.. dayus dan durjana.. huhu memang Rambut sama hitam, hati lain2.. kalau dlm bisness, aku faham la, sbb kita kerja demi masa depan, mahu jaminan.. tapi ni dalam 'friendship'.. perlukah? bahgiakah dengan berbuat begitu?? tenang?

Tiada manusia yang boleh lari dari kesalahan.. jadi kenapa? maksudnya kita perlu menerima kesalahan orang lain dengan hati terbuka? owh tidak! seolah2 mcm meng'halal'kan kesalahan pulak.. aku tak suka!.. sebab bagi aku, kesalahan adalah tanggung jawab diri sendiri. kesalahan yang dia buat, mmg dia yg pilih nak buat macam tu.. sebab itu, tidak ada 'dosa warisan' dalam Islam.. memang salah membuat salah, tapi kalau disusuli dengan meminta maaf, ok la.. jangan bila dah tau salah, tapi buat2 betul sudah..
.
Semakin umur menginjak dewasa/tua jika sesorg membuat kesalahan dengan aku, aku akn cenderung untuk 'terkilan' dari 'marah'.. bukan aku nak, dah memang mcm tu.. Marah, senang nak hilang.. tapi klu terkilan, selamanya takkan hilang.. jgn ambil mudah dalam melukakan hati seseorang..
.
Andai ada terasa hati, sila bgtau kat aku.. andai ada keraguan, sila tanya aku... andai dengar apa2 tentang sesuatu yg konon2nya aku yg cakap, sila tanya aku sendiri... kadang2 tidak salah menganggap semua org jahat.. =)

Tekaan mengena~

aku post entry kul 9pm lebih.. dlm kul 10.30pm gayut ngan reen, dia bgtau dh ade org jwb kuiz aku.. aku dh tutup pc, ready tuk tido..hehe

"Ber_uwang yg 1st, and dia teka kaler hitam!"

pergh!! terkasima aku!! org 1st? dh tau jwpnnye? nmpk eh dr cara aku susun? huhu tapi tgk jwpn yg lain2, mcm2 plak jwpnnye.. hehe

aku kagum... dr 10 pilihan, dia cuba sekali je.. tapi dia betul...


kikiki aku smpi skrg masih teruja... =p

so pemenang bg kuiz aku smlm,


adalah





* Ber_uwang, kang simkad dh ok bgtau ye...