Aku beli hp aku dlm bln 8 thn lps.. sepjg aku pakai, dah 4 kali SGH aku masuk kilang semula.. setiap 4 kali tu, ade la sebulan aku terpaksa pki hp lain.. so dlm sethn, 6 bln je la aku pakai.. 4 bulan lg dia kat kilang.. sgt sengsara bole?? kecewa? mmg sgt kecewa, bknnya Samsung xelok, tp 'maybe' aku dpt yg 'bad product'.. setiap kali SGH aku rosak,aku terdetik nk ganti SGH aku ngan hp baru.. tp bile aku dpt SGH aku semula, aku tak igt dh yg aku nk beli hp baru.. tiap kali tu la aku rasa mcm 'jahat' sbb terdetik nk gantikan SGH aku dgn yg baru.. ntah ape dia dah tempuhi sepanjang dia berada di kilang tu.. ntah lelaki mana yg pegang dia.. semata2 untuk kembali kepada aku.. (kikiki gile poyo aku ni..)kadang2 jemu jugak, sebab tiap kali aku memberi harapan kt SGH aku, tiap kali tu la jugak dia akn kecewakan aku dgn 'rosak' balik. then aku akn hantar ke kilang semula, bg dia peluang utk baiki diri sendiri, pastu aku akn flirt with other hp, tp bila dpt dia semula, aku akn setia semula dgn dia.. aku akan set balik semua setting dia, and bawak dia kemana-mana... begitu la yg terjadi, sepanjang perkenalan aku ngan SGH aku.. menerima semula, walaupun dia mengecewakan aku?? adeh!~
Tapi, ni dengan hp.. kalau ngan orang? aku tak rasa aku akn menerima kembali.. bukan atas isu 'kesalahan', tapi atas isu kemaafan.. kadang2 kita bersangka baik dengan semua orang yang kita jumpa/kenal, sebab kita adalah org yg baik.. kita akn anggap niat orang tu sama dengan niat
kita.. kita akn mengagak @ membuat hipotesis apa yang dia akn buat dari kaca mata kita sendiri.. bodohnya pemikiran mcm tu.. what on earth yang membolehkan kita menganggap 'dia' sama dengan kita??? tapi itu la jugak yg kita buat setiap kali jumpa kawan baru.. .
Tikam belakang? mkn kawan? adeh!~ aku tak faham apa punya orang yang bole buat macam ni.. dayus dan durjana.. huhu memang Rambut sama hitam, hati lain2.. kalau dlm bisness, aku faham la, sbb kita kerja demi masa depan, mahu jaminan.. tapi ni dalam 'friendship'.. perlukah? bahgiakah dengan berbuat begitu?? tenang?
Tiada manusia yang boleh lari dari kesalahan.. jadi kenapa? maksudnya kita perlu menerima kesalahan orang lain dengan hati terbuka? owh tidak! seolah2 mcm meng'halal'kan kesalahan pulak.. aku tak suka!.. sebab bagi aku, kesalahan adalah tanggung jawab diri sendiri. kesalahan yang dia buat, mmg dia yg pilih nak buat macam tu.. sebab itu, tidak ada 'dosa warisan' dalam Islam.. memang salah membuat salah, tapi kalau disusuli dengan meminta maaf, ok la.. jangan bila dah tau salah, tapi buat2 betul sudah..
.
Semakin umur menginjak dewasa/tua jika sesorg membuat kesalahan dengan aku, aku akn cenderung untuk 'terkilan' dari 'marah'.. bukan aku nak, dah memang mcm tu.. Marah, senang nak hilang.. tapi klu terkilan, selamanya takkan hilang.. jgn ambil mudah dalam melukakan hati seseorang..
.
Andai ada terasa hati, sila bgtau kat aku.. andai ada keraguan, sila tanya aku... andai dengar apa2 tentang sesuatu yg konon2nya aku yg cakap, sila tanya aku sendiri... kadang2 tidak salah menganggap semua org jahat.. =)
No comments:
Post a Comment