Saturday, August 21, 2010

Day 02 → Something you love about yourself.

errr mcm memuji diri sendiri pulak entry ni.. huhu jgn ambil serius apa yg aku akn tulis, anggap je aku cuba melangsaikan tugas ye.. hehe ok aku rsa entry ni byk kaitan ngan didikan ayah aku terhadap aku... fevret daughter la katakan.. mesti la copy paste punya! hikhik


1. Berani?

aku rsa aku berani selaku seorg perempuan.. alhamdulillah aku xtakut hantu, lipas, ular or ape2 yg biasanya perempuan lain takut.. kenapa? sbb ayah aku pernah letak aku di kolong umah dimalam hari.. masa tu cengeng ngan penakut smpi tahap memalukan keluarga! terima kasih Buya!~ lagipun Buya selalu bwk aku jenjln, pastu tinggalkan aku sorg2 terkontang kanting bila dia buat kerja dia then lepas abis kerja baru ambil aku balik.. ntah mana2 ntah Buya campak aku msa tu... so terbiasa bertindak sendiri, driving jauh2 sendiri..=)


2. Ada Family+kawan2+kerja yg best!
alhamdulillah, ini adalah anugerah yg terindah dan terhebat bagi aku... akn cuba membahgiakan mereka sedaya mungkin dan juga berharap mereka menghargai aku sebagaimana aku menghargai mereka..

3. Ada matlamat hidup~


aku ada cita2! dan mmg mengejar cita2 itu.. bukan hanya kerja mahu gaji, tapi lebih kepada kepuasan diri. selalu menanamkan semangat "klu org lain boleh buat, mesti aku boleh buat jugak! tapi kalau aku tak boleh buat, maka org lain pun xmampu nak buat!" bunyi mcm ego kan? tapi semangat ini lah yg membawa aku maju kehadapan..

4. Setia

WAFA maksudnye SETIA... no need explaination kan?? ^_^

5. Serba boleh.. boleh ke? huhu

masak, jahit baju raya+langsir+cadar, sulam manik, buat hantaran kawen, pelamin, tukar minyak hitam kereta+oil filter, tukar tayar, baiki paip dan sinki, pasang kipas siling, mampu jaga barang2 dgn baik, bancuh simen buat pagar umah, cat kereta, baca map, leadership?? mewelding besi, bertukang, bercucuk tanam.. dan untuk semua2 kemahiran ini, sgt2 berterima kasih kepada Buya ngan umi aku... =D (xsuka dgn ayat "ala, aku xreti la...." kan boleh cuba..jgn giveup bebeh, cuba dulu baru tau~)

hurmm igt nak buat 6 jugak mcm entry smlm, tp dah xmampu nk fikir dah.. heheh yeah! sudah 2 siap!! ade lagi 28..muehehe

*tetiba terfikir, ape yg korg suka kat aku eh?? =p

Friday, August 20, 2010

Day 01 → Something you hate about yourself.

hurmm susah jugak nak buat entry ni.. puas aku fikir ape yg aku xsuka ngan diri aku? owh aku sgt suka diri aku.. heheh tapi lps berhempas pulas berfikir, aku comeout dgn list dibawah.. *hempas pulas la sgt! huhu

1. Flu @ Runny Nose!

owh ini mmg masalah aku! aku sgt2 tidak suka! setiap pagi aku mesti flu (resdung kah?) dianugerahkan hidung yg super sensitif (or xde bulu hidung? ^_*) adakalanya meletihkan! sorry! aku xboleh menyapu.. dan juga xboleh berada ditempat yg berhabuk. confirm bersin2! asap rokok? ini pun boleh buat aku flu! and sorry, tuk sapa2 yg merokok jgn dekat dgn aku! mmg aku sound tepek terus! bkn masalahnya xsuka, tapi nnt aku akn bersin2 sepjg hari.. huhu antara wish aku adalah nk ada bulu hidung, so xde la sensitif sgt..(ade jual bulu hidung palsu tak? kikiki)


2. Sakit belakang

hurmm ni jugak masalah aku, mungkin sbb kerja teruk masa memula masuk ladang tahun 2007 dulu, slalumembongkok terlalu lama cuci buah, angkat bakul buah.. akibatnye ade sebahagian posisi aku xleh buat, confirm sakit blakang.. cuci pinggan pn sakit blakang klu sinki tu pendek.. err kat umah, sinki dapur didesign tuk mak aku, so agak pendek.. jadiknye adik bongsu aku yg cuci pinggan..huhu tp klu sikit2 tu, no prob la.. cuci pinggan msa kenduri? maaf makcik! sy tidak mampu~~ huhu berdiri tegak tanpa bergerak? mmg akn sakit blakang...



3. Migrain

Ishk! bole tak nk sembuh dr migrain?? sesungguhnya aku sgt2 terseksa.. biasanya dpt bila duk bawah matahari lama sgt (even dh pki spek transition) + stress + byk travel.. tapi kdng2 dtg tanpa sebab pun.. bila kena, mmg rsa nk hantuk kepala kat dinding (tapi belum pernah buat), muntah2, peluh sejuk.. mood pn mmg akn swing abis! kerja? mmg akn terganggu la.. ada org kata boleh ubat ngan botox! errr tang mana nk cucuk? otak??? tidaakkkk!!~

4. Degil

MasyaAllah... ini antara kelemahan aku yg sgt2 aku ingin buang! bila dah kene keadaannya, dgn CEO aku pn aku bertekak.. xkesah pun org tu sapa.. P0LIS pn kene..(ngan buya ngan umi je akurrr~..huhu) bg aku, salah tetap salah dan kesalahan yg ko lakukan, ko kene tanggungjawab! jgn jadikan alasan konon2nya selaku manusia, xlepas dr kesalahan... senang je nak cri jln keluar eh! tapi bila fikir balik, adakalanya aku ni terlalu KERAS la.. boleh tak aku nk lebih penyabar? lebih menerima dan lebih lembut hati?


5. Cerewet

aku cerewet! semua benda yg dilakukan kene ada cara tersendiri.. ssh nk percaya ngan org lain tuk buat sesuatu, so aku prefer buat semua sendiri. bg org lain benda tu 'bersih', tapi bg aku 'kotor!'... bg org lain 'kemas', tp bg aku semak! jadi sedikit sebyk perangai ini menimbulkan konflik antara aku dgn org sekeliling.. bole tak aku nk lebih sempoi? lebih xkesah? tapi masalahnya aku xmampuuuu~

6. Sensitif

hurmm perlu explain ke?? haha sgt la sensitif bila ade kaitan dgn Family, Boss ngan Paiola aku... cepat je air mata keluar... owh! perempuannye aku... hikhik

errr tu je kot benda2 yg aku xsuka ngan diri aku ni.. yg lain xde dh rsanya.. wlu ade yg pernah mempertikaikan (paras rupa?) kekurangan dimata kamu, adalah kelebihan dimata aku! =D

Thursday, August 19, 2010

Cik Sona sudah ade adik!

Encik Berry and Cik Sona..heheheh
MMS dr adik aku no -5 (Eee)


Yeah! kreta baru sudah sampai! kreta ke-2 aku.. (eceh! padahal aku byrkan deposit je pun, bole plak claim kreta aku..haha)
aku = Aik! apsal ko amik kaler purple??
Eee = aaaa sbb purple ni cantik! xmo la ambil hitam!
aku = ooo masa aku mo amik cik sona, kamu ckp purple tu mcm keling...
Eee = ya la! mmg pun klu wafa, klu eee x..sbb eee putih! muehehe
aku = ces! T____T


ahhh! tp ape2 pn, Cik Sona lagi smart! kan??? *ditujukan kpd sesapa yg pernah naik Cik Sona

Memesongkan fikiran..heheh

errr tak boleh jadi, aku xbole dah emo2.. mmg aku perlu ambil masa tuk overcome semuanya, tapi klu aku memilih utk tidak mahu boleh?? huhu bolehkan? diri aku kan... sbb aku dh well behave masa keja, jadi mahu well behave masa berblog juga.. yeah! then nnt mcmana dgn hati aku? errr bersedialah sapa yg no dia ade kat hp aku, klu aku down, aku call korg ye! kikiki



Nk pesongkan fikiran bukan mudah.. tetiba terfikir dgn satu kaedah yg digunakan oleh Jard ngan Kak masy utk idea buat entry.. (tp dlm kes dorg, bukan lah dorg nk pesongkan fikiran mcm aku..huhu) so decide mau buat jugak 30 Days of truth!

err tajuk2nye...

Day 01 → Something you hate about yourself.
Day 02 → Something you love about yourself.
Day 03 → Something you have to forgive yourself for.
Day 04 → Something you have to forgive someone for.
Day 05 → Something you hope to do in your life.
Day 06 → Something you hope you never have to do.
Day 07 → Someone who has made your life worth living for.
Day 08 → Someone who made your life hell, or treated you like shit.
Day 09 → Someone you didn’t want to let go, but just drifted.
Day 10 → Someone you need to let go, or wish you didn’t know.
Day 11 → Something people seem to compliment you the most on.
Day 12 → Something you never get compliments on.
Day 13 → A band or artist that has gotten you through some tough ass days. (write a letter.)
Day 14 → A hero that has let you down. (letter)
Day 15 → Something or someone you couldn’t live without, because you’ve tried living without it.
Day 16 → Someone or something you definitely could live without.
Day 17 → A book you’ve read that changed your views on something.
Day 18 → Your views on gay marriage.
Day 19 → What do you think of religion? Or what do you think of politics?
Day 20 → Your views on drugs and alcohol.
Day 21 → (scenario) Your best friend is in a car accident and you two got into a fight an hour before. What do you do?
Day 22 → Something you wish you hadn’t done in your life.
Day 23 → Something you wish you had done in your life.
Day 24 → Make a play list to someone, and explain why you chose all the songs. (Just post the titles and artists and letter)
Day 25 → The reason you believe you’re still alive today.
Day 26 → Have you ever thought about giving up on life? If so, when and why?
Day 27 → What’s the best thing going for you right now?
Day 28 → What if you were pregnant or got someone pregnant, what would you do?
Day 29 → Something you hope to change about yourself. And why.
Day 30 → A letter to yourself, tell yourself EVERYTHING you love about yourself


errr mcm byk la pulak!~~~ tajuk2 pun bikin nervessss~ InsyaAllah aku akn buat, tapi xde lah hari2 kot.. selang2 ngan apa yg aku mahu tulis... =D apsal byk kene suruh tulis surat?? adoi~ antara benda yg aku paling xsuka buat... aiseh! byk songeh la pulak! huhu

*memula plan mahu buat entry tentang semua memory aku ngan ayah aku, sbb takut aku lupa..(aku kn pernah kene smbr petir, so mmg dh byk benda aku lupa pun...uhuk!~) tapi bila difikir2, mesti tiap entry tu aku akn sebak & nangis kan? then mesti xkn habis2! sbb byk gile memory aku ngan ayah aku.. tapi sbnrnya aku yakin aku xkn lupa! tetap utuh dlm fikiran aku, dan akn aku ceritakan kpd anak2 aku nnt.. (anak??? hakhakhak)

** setelah 10 hari berlalu, aku masih xdpt nk igt psswd CIMBclicks & maybank2u aku.. ermm myb psl aku terkejut sgt kot hari tu... next week hari isnin, last day! if xigt jugak, maka terpaksa la call akak call centre..huhu
_______________________________
update psl kisah kene sambar petir.. dulu pernah buat psl kisah ni.. Kisah 1 & kisah 2.. amik entry dr blog lama, so komen2 semua sudah hilang..huhu

Wednesday, August 18, 2010

kata2 yg sesuai & xsesuai..

aku buat entry ini berdasarkan pengalaman aku... dan juga feedback dr adik beradik aku.. rasanya ramai yg tak tau nak kata/cakap apa bila seseorg rapat atau kawan biasa baru kehilangan ahli keluarga terdekat..


kata2 yg sesuai

1. takziah (sgt pendek, tapi cukup utk mengekspresikan apa yg anda rasa)
2. doa2 (contohnye : semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. sgt la sesuai...)
3. Be tough! (sbb seriously, hati sgt remuk masa ini..)
4. Take ur time (atleast menyedarkan si penerima, yg masa akn mengubat dia)
5. I know how u feel (atleast bg hint yg dia xde la keseorgan.. tp ni yg betul2 dah 'kehilangan' la.. klu yg belum pernah rasa, jgn mandai2 nk anto ayat ni.. mengalami dan membayangkan adalah tidak sama ok..huhu)
6. Banyakkan doa, bykkan Zikir
7. Moga redha dgn ketentuanNya (bg hint kt dia yg dia perlu menerima, xterbawa2 dgn emosi sgt)


Tidak sesuai
1. 'Biasala tu, ............' (owh sgt la xsesuai ok! jgn sesekali guna perkataan 'Biasa la tu..' ini bukan kes biasa, walaupun niat kamu utk mengcoolkan si penerima)
2. 'Take it easy' (ini juga sgt la tak sesuai.. seriously!)
3. 'xpelah, dah ajal dia..' (perkataan "xpelah" sgt la tidak sesuai... mcm benda kecik je.. and seem u have another option to choose)
4. 'Chill beb!!' (xsesuai jugak! lain la klu bru breakoff ke, tertinggal bas ke..)
5. 'setiap yg hidup, pasti akan mati' (tidak sesuai! kecualilah ketika talkin!)
6. 'sorry lmbt sms, xde sapa bgtau kat aku..' (err rsa kurang best, baik ganti dgn "sorry aku baru tau...")


Call? (di hari kematian)
bg aku, kurang sesuai sbnrnya call.. tapi klu kamu nak call jugak, if sekali dia xangkat, then tak perlu la call lagi.. itu maknanya dia tak mahu bercakap dgn sesiapa. xpun dia sedang baca yassin or sedang menguruskan jenazah dlm kes aku.. send je sms lepas tu..

but if dia angkat
just ucap takziah dan tny bila meninggal and bila dikebumikan. sekurang2nya menunjukkan kamu mahu dtg kerumah dia, wlupun xdpt nak datang. jangan dulu tny kenapa meninggal, siapa yg sedar arwah pergi, apa sakitnye, sembat balik ke tak... soalan2 ni, nnt2 la tanya.. sbb fokus utama ketika itu adalah menguruskan jenazah! make it short! sbb xde masa nak gayut lama2.. dan mungkin juga soalan2 kamu boleh menyebabkan sipenerima menangis... huhu


Jangan sesekali tanya "are u ok???" sah2 la kan xok... baik diganti dgn "i hope ure ok..." then andainya dia jawab 'yes i'm ok...' (jwpn mengawal gelora dihati) jgn la pulak tny lagi "are u sure ure ok??" wah!! klu depan2 mata, silap2 kene penampar..heheh (seriously!) soalan ni boleh ditanya, tapi tunggu la 3 hari keatas selepas kematian... jgn dihari kematian ye..


itu aje wat masa skrg.. sorry tuk sapa2 yg terasa.. aku just nak bg guide je.. semestinya kita semua xde reason nk guna 'kata2 yg xsesuai' tukan.. nama lagi kawan.. dan kadang2 xsedar pun... dan bg kita benda tu xde salahnye kan? tapi tu la, dlm keadaan mcm ni, perlu diingat yg sipenerima sgt la fragile.. dan ade certain2 thing yg dia tak mau org lain mention ataupun bgtau dia, biar dia yg figureout sendiri.. jadi dari kata2 korg disalah anggap, baik berwaspada..



"Berubah dgn terpaksa adalah mangsa . Melatih diri utk mengubah 'kebiasaan'" hummm dr smlm duk pk2 apa maksud ayat ini.... huhu

*to all of u, thank you so much for being there for me.. sorry if dlm tempoh ini aku menyinggung perasaan korg2.. kat blog ni je la aku leh emo2.. keadaan yg mna aku sendiri masih mencari arah jln utk keluar..

Tuesday, August 17, 2010

Birthday dia... huhu

dia = eh! bile ko nk turun KL lagi?? klu turun Kl, bawak la kek coklat!
aku = igt aku, igt kek coklat je la eh???
dia = ye la... bday aku esok la! bday aku esok tau!! (ayat xtau malu... boleh?? kikiki)


Hari ni, 17 August 2010 bday si budak K.e.r.i @ KERIA!!

anyway, Happy birthday KERI! hope life owez beautiful.. semoga berbahgia dgn kerja baru.. dan semoga cemerlang la hendaknye.. smoga dapat ape yg ko nak.. bawak2 la kurangkan rokok tu.. asyik terbakar je..dah cukup itam dah ko tu..kikiki

weh!~ Thanks for being there for me ya..

*bile nk blanje aku ni?? Seoul Garden ok!


gambar pilihan..muehehe

Sunday, August 15, 2010

tidak boleh bersendiri~

Pic :google

hurmm kereta baru dapat esok.. so hari ni aku balik lanchang tanpa cik sona lagi.. then sebab nak beli oven tuk buat biskut raya, aku ambil keputusan utk balik ikut KL.. klu beli oven kat Bahau, xkn nk mengangkut naik bas kan? so naik bas ke seremban, then dr seremban ambil bas lagi.. bas... lama beb! owh sudah lupa bila paling last aku naik bas.. hurmmm dulu klu aku naik bas, tiap 15mnt buya suruh call aku tny aku dimana... today? no call from home.... T___T



30mnt yg pertama dlm bas menuju ke seremban aku ok lagi... bila sampai kuala pilah, ade pakcik naik! ala2 ayah aku.. hurmm dugaan kah?? xde kerusi kosong, so aku bg pakcik tu duduk.. aku berdiri sebelah dia.. aku duk perati pakcik tu.. hurmm tanpa disedari air mata aku bergenang... demm! just imagine ko berdiri, tumpuan umum! owh no, xpasal2 free show... T___T cuba mengatasi gelora hati, aku gerak kebelakang bas...pandang keluar bas, cuba mengawal perasaan... zikir pun xjalan.. air mata masih mengalir~~ smpi kuala pilah aku turun, ganti bas.. wlupun aku dah bayar tiket utk smpi ke seremban...


sampai seremban, naik bas Suasana edaran.. satu bas just ade 10 org je, lengang.. start la kepala fikir lain2... bila air mata bergenang, nmpk org sebelah duk perati.. cepat2 telan, pendam isi hati.. tuk atasi gelora hati, aku duk pandang luar, baca no plat kereta yg lalu... at least boleh membuatkan otak aku bz... sampai Desa Sri Petaling, nmpk xcident! motorsikal langgar lori tangki minyak rasanya, motorist tu meninggal.. tutup dgn plastik hitam tengah jalan.. tgn terkeluar.. then nmpk van jenazah smpi... uhhhh! tewas lagi~ 


cepat2 sms beberapa beshbuddy tuk pesongkan fikiran aku...




tadi pg dpt sms dr adik melben aku, dia dh smpi melben tp asyik nangis terigt umi ngan buya... Aku nasihat dia spy dia cool.. Fokus tuk exam jap lagi... Akak aku pn sms kata bila dia smpi labuan, dia asyik nangis duk tpk buya aku... Smpi lelah~ rupa2nya kami berada difasa yg sama... hurmmm perasaan yg hanya boleh dikongsi sesama kami adik beradik.... Yg aku? Belum smpi lanchang dah nangis...kikiki bukan meratapi, cuma sebak dlm hati xdpt dikawal...

aku rasa aku belum cukup stabil bila duk sorg2... perlu membusykan diri dan juga otak! sudah redha, tapi masih sebak bila sedar aku sudah kehilangan lelaki yg paling aku syg... lelaki yg paling syg aku juga... Insan yg sgt memahami aku.. mendengar semua cerita aku dgn muka yg xcited, even sebenarnya aku cerita psl jerawat aku je pun.. mana aku nak dpt lagi? insan yg sentiasa ada jawapan setiap soalan yg aku tanya... skrg aku nk tny siapa?
*kul 2.45am esok genap seminggu buya gi... Al-Fatihah~